Al-fatihah

Harini genap 2minggu pemergian kawan laman sosial aku, Anis Deeyanah Binti Muhammad Kamal.
Hampir 4bulan aku mengenali dia melalui twitter. Sayu hati aku.

Dulu, dia yang mula mula tegur aku.
Dulu, dia yang selalu kacau aku.
Dulu, dia yang selalu puji aku dengan aniq.
Dulu, dia yang selalu cemburukan aku dengan aniq.
Dulu, dia yang selalu mendoakan kebahagiaan aku dengan aniq.

Ughhh!! Semuanya dulu :'( Kini dia dah pergi jauh dari aku.
Dia teman aku. Dia teman Aniq.
Banyak kali dah semasa hayat dia, dia janji dgn aku.
Nak jumpa aku, nak celeb birthday aku, nak bawak aku jalan jalan bila dia dapat kereta.
Semua nya dia. Siapa lah aku nak melawan takdir Illahi, pergi dia membawa satu
kehilangan sangat bagi aku. Bagi aniq.

YaAllah, sesungguhnya aku tak kuat kehilangan teman.
Tapi aku tahu setiap yang bernyawa itu pasti akan mati
Sepanjang hari aku menangis. Aku menyesal tak sempat nak jumpa dia.
Sepatutnya hari untuk kami berjumpa tu bertukar tragedis kehilangan dia.
Otak aku blank, airmata tak berhenti.
Aku takkan pernah lupa sedekahkan doa dan al-fatihah.
Moga moga kau tenang di sana, Dee :')