Baru bersama pelangi lepas hujan




Assalamualaikum. Hi, lama tak update. Bukan lama aku rasa.
Berzaman berabad. Ada siapa kisah?
Jawapan nya mungkin tak.

2o13.
Sekarang aku bangkit. Bangkit bersama seribu mcm semangat.
Aku harus! Sejarah silam aku kunci rapat rapat dalam bekas peti simpanan
bersama tisu tisu koyak.
Pengakhiran tahun 2o11 sampai lah pertengahan tahun 2o12 aku cukup sengsara
bak mengesot menagih simpati tak terdaya.  Aku mati. Kaki aku tak larat nak melangkah
mendongak langit. Sebahagian dari hidup aku pergi selamanya. Kawan sampai mati?
Pergi mati dengan kata kata. Sekarang dia mungkin bahagia tanpa aku.
Aku sentiasa doakan kau, kawan.

Allah itu Maha Adil dan Maha Mengasihani.
Alhamdulillah, aku menadah tangan tanda bersyukur kerana aku masih berlindung
di bawah kasih sayang Dia yang tak pernah padam untuk aku.
Aku dipertemukan dengan seseorang. Dia datang memberi aku tangan untuk aku sambut
saat aku jatuh. Memberi aku semangat untuk terus senyum kembali.



Banyak yang aku lalui dan alami sepanjang 2o12. Aku tak mahu kembali ke zaman mati hati aku.
Satu gambaran yang tak dapat aku kupas. Aku mohon cukup hanya sekali aku alami.
Alhamdulillah sekali lagi, bahagia aku tak aku minta orang lain lihat. Hanya naluri kami.
Senyuman dia adalah senyuman aku.

Sem ni aku praktikal dan masih ber-praktikal. Aku harap semua nya berjalan lancar.