The Chosen One

Bismillah,

Malam ni aku rasa macam nak tidur lewat sikit sebab rasa nak update blog. Dah lama sebab aku rasa mcm malas nak menaip dekat keyboard lama lama. Lebih baik aku menulis dekat dalam diari apa juga yang aku rasa. Takde sape nampak. Hanya aku dan dia. Haaa gitu ayat.

Aku tak kata aku ni memilih tempat nak cakap. Kalau takde blog ni bukan tak boleh hidup. Boleh je. Facebook ada, twitter ada. Zaman dah canggih tapi kalau takde twitter aku rasa lain. Hmmm.. lain macam mana tu susah aku nak explain. Aku rasa yang lain pun boleh rasa gitu, mungkin. Dan memahami makna yang aku cakap.


Think.

Aku takde lah ikut sangat trend orang. Mereka ada itu, aku pun nak ikut itu. Tapi entah lah, sekarang ni aku ada instagram. Mungkin agak ketinggalan, mungkin. Atleast aku ada juga instagram broooo. Kemon lah. Takde lah aktif sangat. Maklum lah, blackberry cikai tahap baling lembu gemok tepi jalan tu je bukan blackberry z10 yang aku pegang dan belek belek dekat kedai petang tadi. Belum mampu lagi.

Tapi aku dan dia berusaha nak ke arah iphone, akan ada rezeki tu, InsyaAllah. Dah lama rasa nya tapi hmm apakan daya, sama sama blackberry. Kawan aku ckp blackberry jimat. Ya! Yang itu aku setuju, rm20 sebulan untuk bis mmg jimat. Kadang kadang maxis bagi aku bingai dengan line dia yang mmg selalu nya 'smooth and nice'. Nak tukar ke digi kena tunggu masa yang sesuai lagi.


Teddy-go-lucky





Setiap kali aku tengok gambar ni aku jadi rindu. Rindu yang teramat. Senyum aku juga tak lekang dari bibir aku yang ala-ala comel ni. Mulut dengan hidung dia sama sama besar. Hm tambah pula perut dia yang terlalu obes. Tapi telinga dan mata dia kecik. Buatkan aku geram. Kadang kadang, dia saja nak buat aku tersenyum balik kalau aku tengah sedih atau tengah takut. Alaaaaa, maksud lain nya dia bagi aku semangat lah. Haihhhh susah nak ckp.

Nak dipendek kan cerita, aku lagi rindukan tuan empunya obes ni. Ohh lupa, nama dia Pippo. 'Pippo-yang-obes'. Pippo sentiasa selamat berada dalam jagaan encik boyfriend. Tapi bukan ini yang aku minta sebagai hantaran aku, hmm obes ni tak cukup muat nak letak atas dulang. Ataupun mahu dua tiga dulang baru cukup untuk si obes ni.


The future. I wanna marry you and I wanna have your kids.

Aku manusia. Aku punya cita cita dan aku punya impian. Kalau aku tanya orang lain pun, semua akan jawab yang sama. Bodoh tak fikir. Sometimes, aku sendiri taktahu apa yang aku nak dalam hidup. Umur dah 20tahun tapi rebel tak sudah. Kenapa?

Aku sendiri tak faham diri aku, macam mana orang nak faham aku? Kau boleh jawab? Bak kata pepatah 'Jangan sibuk hal aku. Kubur masing masing'. Urghhhhh, persetankan semua nya. Kau dah mati nanti macam mana kau nak kuburkan diri kau sendiri? Bodoh kau sampai bila pun tak habis kalau kata gitu.

Dalam percintaan, semua nya indah belaka. Yang busuk kata wangi. Yang sakit kata sihat. Yang berak tepi jalan pun sanggup mengaku. Aku dan dia tak hipokrit. Masing masing jadi diri sendiri, Apadehal? Kalau dia kentut busuk, aku tetap cakap busuk. Tak ada makna nak selindung kata wangi. Sebab kentut aku pun ada masa busuk juga. Bila berdepan, ada juga korek hidung. Lawan sendawa sape lagi kuat pun ada. Memang selekeh tapi ini diri kami. Kau nak cover depan girlfriend boyfriend kau apa dapat? Jangan kata aku dengan dia je, kau kau kau pun sama kan? Dia orang yang terima cantik aku, buruk aku, wangi aku, busuk aku dan serabai aku.


Dia lah kawan aku dan dia merangkap raja hati aku. Mengikut apa-yang-baru-dirancang, 2tahun dari sekarang mula nak ada ikatan. Semua nya aku serahkan pada kuasa Allah. Aku dan dia akan sentiasa berusaha. Banyak sgt dugaan antara aku dan dia. Ya, aku mmg nak hidup mati bersama dia.

Dia marah aku, aku marah dia. Dia suka aku, aku suka dia. Dia sayang aku, aku sayang dia. Dia bising dekat aku, aku bising dengan dia. Sampai bila pun masa aku tak akan habis untuk dia. Terima kasih sebab sediakan telinga untuk aku marah, aku bebel dan untuk aku sedih.


The words

'Mati nya I sekalipun, nak mati sebelah bahu you :')'