GOODBYE, HANI

Hi assalamualaikum.
Hmm, nampak nya dah lama aku tak update blog.
Bkn kerana dah takde idea nak update apa tapi hmm macam macam yg
membuatkan aku spoil gila mood nak update tu update ni.

Firstly, aku dah selamat sampai kat Politeknik Kota Bharu ni hari rabu lepas.
Aku naik KTM seorang diri.
Well, biasa aku balik dengan abang aku now aku seorang.
Hm aku biasa ditemani oleh aki bila naik KTM.
Aku dah besar! Aku kena lah berdikari :')

Aku balik awal pun disebabkan roomate aku.
Bestnya dia, final exam dia dah lepas.
14hb haritu start and 17hb dah habis.
Yg tinggal cuma aku sorang diri dlm bilik. Alahai.

Roomate aku, hani. Dia dah balik negeri dia, penang malam semalam.
Aku sedih, aku hiba, aku syahdu. Hmmmm :'(
Lepas ni, aku dah tak jumpa dia.
Semester 2, 3 dan seterusnya.
Aku dah jauh dengan dia.
Beratus ratus kilometer jauhnya. Hmm

Kepada Nur Farah Hani,
Seandainya kau baca post ni, aku nak kau tahu aku tengah bercerita
tentang kau, tentang aku dan tentang kita.

Mmg aku sedih bila nak jauh dengan kau tapi kali ni hmm entah lah,
Aku rasa lain sangat sangat.
Haha kau ingat lagi kan mcm mana kita kenal time minggu suai kenal dulu tu?
Kau cakap aku orang first yg buat kau rasa happy.
Aku orang first yg kau kenal satu kepala dengan kau.
Semuanya aku. Sampai kan kita dapat jadi sebilik. Best kan?

Banyak kenangan yg kita ada.
Haha kelakarnya semua tu.
Kita jatuh longkang, kita lepak tasik petang petang, kita overnight malam malam,
kita selalu je benci orang yg sama kan? Heh

Kau pun cakap aku lah orang yg sentiasa ada masa kau susah dan senang.
Ya! Hani, bkn senang kita nak cari kawan yg betul betul faham akan maksud kawan itu.
Aku sayangkan kau. Aku akan rindukan kau.
Aku minta maaf andai selama kau kenal aku, aku banyak menyusahkan kau.
Kalau lah aku dapat undurkan balik masa masa kita gembira, alahai aku nak sangat hani :'(

Lepas ni, aku dah takde kat Politeknik ni dah.
Aku dah kat tempat baru naik cuti semester 2.
Kau dah tak dapat tengok aku lagi bila kau bangun dari tidur.
Aku dah tak dapat nak kejutkan kau.
Aku dah takde untuk marah kau, bebel kat kau.
Aku dah takde untuk kau menangis.

Hmm, seboleh boleh aku tahan airmata aku tapi aku minta maaf.
Aku tak dapat tahan sebak bila aku menaip ni.
Hani, aku tak ramai kawan perempuan kat Politeknik ni.
Sebab apa? Sebab aku tak suka.
Perangai perempuan, kau tahu tahu je lah kan?
Kau je lah tempat aku selalu marah, bebel, ketawa, menangis. Hmm.

Kau pandai pandai lah jaga diri lepas ni k?
Ingat, kau dah duduk rumah sewa dah. Kau dah kat luar.
Takde lagi pakguard nak kejar kejar kau bila kau berkeliaran tak masuk asrama :D
Kau kena pandai pilih kawan dah lepas ni. Jangan ikut perangai sesiapa.
Jadi diri sendiri k?

Aku sangat sayangkan gambar ni mcm aku sayangkan kau <3